Urang Sarawak

Berita Urang Sarawak

Status permohonan pengeluaran KWSP i-Citra sudah boleh diakses

Berita July 23, 2021

Pengeluaran i-Citra oleh pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang teah dibuka permohonan pada 12 Julai 2021 lepas telah boleh disemak statusnya.

Para pencarum KWSP yang telah membuat permohonan seawal 12 Julai 2021 iaitu sebaik sahaja permohonan dibuka sudah boleh menyemak status masing-masing iaitu samada permohonan telah diterima atau sudah diluluskan. Status ‘Permohonan anda telah diterima” bermakna permohonan masih lagi diproses atau dalam pertimbangan pihak KWSP. Manakala status “PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN” menandakan permohonan telah berjaya dan hanya perlu menunggu bayaran dikreditkan ke akaun bank pemohon.

Untuk rekod, pengeluaran I-Citra membenarkan pencarum yang layak untuk mengeluarkan sehingga maksima sebanyak RM5,000 dengan kaedah pembayaran secara bulanan selama lima (5) bulan. Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan. Manakala bayaran minima adalah sebanyak RM50.

Pencarum yang telah membuat permohonan boleh menyemak status permohonan masing-masing di laman https://icitra.kwsp.gov.my/

Kuching Water Board hentikan operasi di Kaunter Khidmat Pelanggan dan Pembayaran selepas staf disahkan positif Covid-19

Uncategorized January 28, 2021

KUCHING (28 Jan) : Kuching Water Board (Lembaga Air Kuching) terpaksa menghentikan serta merta operasi di Kaunter Khidmat Pelanggan dan Pembayaran ekoran terdapat staf yang bekerja di bahagian tersebut disahkan Positif Covid-19. Penutupan sementara operasi tersebut berkuatkuasa serta merta dan dijadualkan akan berakhr pada 12 Februari 2021.

Kuching Water Board menutup operasi Kaunter Khidmat Pelanggan dan Pembayaran selama dua minggu setelah staf dikesan Positif Covid-19

Menurut Pengurus Besarnya, Rodziah Mohamad, ekoran daripada itu, Pihak Jabatan Kesihatan telah mengenalpasti sejumlah kontak rapat staf berkenaan dan mereka telah dinasihatkan untuk melaksanakan kuarantin kendiri di rumah masing-masing dan mereka turut telah menjalani ujian Covid-19. 

Beliau memberi jaminan kepada pelanggan bahawa Kuching Water Board (KWB) akan melakukan proses sanitasi di seluruh premis di Jalan Batu Lintang petang ini (28 Jan).  Menurutnya lagi, tarikh terakhir staf berkenaan memasukiKWB adalah pada hari Isnin, 25 Januari 2021. KWB akan tutup Kaunter Khidmat Pelanggan dan Pembayaran serta merta sehingga 12 Feb 2021.


Sumber berita : Borneo Post

SPRM rampas RM600,000 daripada dua ahli sayap pemuda parti politik

Berita June 7, 2020

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai RM600,000 daripada dua ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dipercayai wang parti yang disalah guna, kelmarin.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali, berkata kedua-dua mereka pada awalnya dipanggil untuk dirakam keterangan berhubung siasatan kes kehilangan wang bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Kedua-duanya dipanggil untuk dirakam keterangan, kelmarin dan susulan daripada itu, pegawai kita kemudian ke kediaman mereka di dua lokasi berasingan di ibu negara.

“Menerusi pemeriksaan yang dijalankan, kita menemui wang tunai keseluruhannya berjumlah RM600,000 di dua kediaman berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, Norazlan berkata, pihak SPRM turut merampas sebuah kereta dianggarkan bernilai RM100,000 milik seorang ahli parti berkenaan yang dipercayai dibeli menggunakan dana yang disalah gunakan.

“Ketiga-tiga mereka dipanggil untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan dan buat masa ini mereka tidak ditahan.

Norazlan berkata, dua pemimpin sayap pemuda parti politik itu kini ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kemungkinan berlaku penyelewengan membabitkan wang parti.

Terdahulu, media melaporkan SPRM dipercayai meminta Syed Saddiq yang juga Ketua ARMADA BERSATU untuk mengisytiharkan aset dan harta bagi membantu siasatan.

Media sebelum ini turut melaporkan kehilangan wang berjumlah lebih RM200,000 dari kediaman Syed Saddiq yang membawa kepada siasatan SPRM berhubung perkara itu pada Mac lalu susulan aduan daripada beberapa pihak.

Sumber : Berita Harian Online

Tan Sri Muhyiddin Yasin terima panggilan dari Donald Trump

Berita May 9, 2020

Kuala Lumpur Jumaat, 8 Mei 2020 : Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menerima panggilan telefon daripada Tuan Yang Terutama Donald J. Trump, Presiden Amerika Syarikat.

 

Selain mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan yang baharu, kedua-dua pemimpin ini menyatakan komitmen untuk terus mengukuhkan hubungan kerjasama komprehensif di antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

 

Pada perbualan yang berlangsung selama 30 minit itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Trump berbincang mengenai pandemik Covid-19, serta pendekatan-pendekatan yang telah diambil kedua-dua negara. Kedua-dua pemimpin turut menekankan peri pentingnya kerjasama komuniti antarabangsa bagi mengurangkan kesan pandemik tersebut ke atas kesejahteraan hidup masyarakat dunia dan ekonomi global. Usaha-usaha tersebut termasuk meningkatkan kerjasama dalam pembangunan vaksin dan ubat-ubatan serta akses sama rata kepada vaksin Covid-19 kelak.

 

Pada masa yang sama, kedua-dua negara juga menzahirkan kesepakatan bagi memastikan kelancaran rantaian bekalan peralatan kritikal dan bekalan lain,terutamanya semasa krisis kesihatan global.

 

Selain itu, mereka turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu kepentingan bersama dalam konteks mengekalkan keselamatan dan keamanan antarabangsa.

Konflik Petronas dan Sarawak berakhir

Berita May 8, 2020
KUALA LUMPUR: Konflik di antara kerajaan negeri Sarawak dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menemui titik noktah selepas syarikat minyak nasional itu bersetuju membayar RM2 bilion kepada kerajaan negeri Sarawak.
Ia sebagai bayaran tuntutan ke atas produk petroleum bagi tahun 2019 iaitu pada kadar lima peratus daripada nilai jualan produk tersebut.
 
 
Susulan itu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerusi kenyataan dikeluarkan pada Jumaat berkata, dengan penyelesaian ini suasana perniagaaan dan pelaburan lebih stabil dapat diwujudkan bagi memacu industri berkenaan di Sarawak.
“Kerajaan negeri Sarawak merupakan sebuah kerajaan yang praktikal dan ingin meyakinkan pemain industri minyak dan gas bahawa ia sentiasa bersifat mesra perniagaan,” ujarnya.
 
 
Kerajaan negeri juga komited bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan dan Petronas dalam rundingan seterusnya bagi memastikan semua pihak dapat mencapai penyelesaian dan persetujuan dalam isu lain.
 
 
Terdahulu menerusi kenyataan bersama di antara kerajaan negeri dan Petronas, beberapa perkara lain turut dinyatakan.
Antaranya kedua pihak bersetuju bahawa cukai Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas produk petroleum yang diperuntukkan di bawah Cukai Jualan Negeri dikenakan pada kadar lebih rendah secara bertempoh berdasarkan rundingan yang akan diadakan kelak.
 
 
Kerajaan negeri juga bersetuju SST itu terhad ke atas produk petroleum yang diperuntukkan di bawah Order 2018.
Antara lain, Petronas juga menarik balik rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Sarawak mengenai permohonan semakan kehakiman 13 Mac lalu.
Manakala kerajaan Sarawak juga mengugurkan kesemua tuntutan dalam kes sivil terhadap Petronas untuk bayaran SST ke atas produk petroleum.
 
Sumber Berita : Astro Awani

Sarawak terima RM2 billion daripada PETRONAS

Berita May 8, 2020

PETRONAS dan Kerajaan negeri Sarawak mencapai kata putus serta memuktamadkan satu penyelesaian dengan pembayaran sebanyak RM2 billion oleh PETRONAS kepada Kerajaan Negeri Sarawak.  Jumlah pembayaran RM2 billion tersebut adalah jumlah bayaran tertunggak 5% cukai petroleum tahun lalu.  Dengan pembayaran ini, isu-isu tertangguh berkaitan tuntutan cukai 5% oleh Kerajaan Sarawak dianggap selesai.

Perkara ini telah diumumkan bersama oleh PETRONAS dan Kerajaan Negeri Sarawak pada Jumaat.

Pengumuman Pengesanan Kes Secara Aktif Penyakit Covid-19 di Kampung Tabuan Lot, Kuching

Berita May 8, 2020

KUCHING : Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching pada hari ini mengumumkan akan melakukan Pengesanan Kes Secara Aktif Penyakit Covid-19 pada 9 Mei 2020 (sabtu) bertempat di Kampung Tabuan Lot bermula dari pukul 8:30 pagi hingga 5:00 petang.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan terbabit dimohon untuk memberikan kerjasama dalam memberikan maklumat yang tepat semasa ditemuduga oleh pihak kakitangan Jabatan Kesihatan.  Penduduk juga dimohon untuk memberikan kerjasama sekiranya diminta untuk melakukan pengambilan sampel di Dewan Kampung Tabuan Lot. 


Penduduk turut disaran agar tidak perlu bimbang mengenai status puasa mereka akibat ujian saringan swab kerana berdasarkan Mesyuarat Khas Lembaga Fatwa Negeri Sarawak pada 28 Syaaban 1441H bersamaan 22 April 2020M menyatakan bahawa ujian saringan bagi penyakit COVID-19 melalui kaedah swab yang dimasukkan ke rongga hidung dan melalui mulut hingga kawasan anak tekak adalah tidak membatalkan puasa.

Tiada Caj Tambahan atas Bayaran Ansuran Perjanjian Sewa Beli (Konvensional dan Shariah).

Berita May 7, 2020

Kini rakyat Malaysia boleh menarik nafas lega selepas Kenyataan Media Menteri Kewangan Malaysia YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenai Tiada Caj Tambahan atas Bayaran Ansuran Perjanjian Sewa Beli (Konvensional dan Shariah).

Kenyataan terkini oleh Menteri Kewangan ini telah meleraikan kekusutan dan kebimbangan rakyat yang keliru dengan kenyataan Bank Negara yang dianggap kurang konsisten gara-gara sedikit kesilapan dalam laman Frequently Asked Question (FAQ) di Laman Rasi Bank Negara baru-baru ini.

Berikut adalah teks penuh kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan berkenaan perkara tersebut

Dengan ini, secara rasminya isu ini telah diselesaikan dengan cara terbaik demi kepentingan rakyat.  

Pembayaran i-lestari KWSP pertama telah berjaya dilaksanakan

Berita May 6, 2020

KUALA LUMPUR: Bayaran pengeluaran i-Lestari yang diluluskan akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli-ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terbabit bermula esok sehingga 18 Mei depan.

Dalam satu kenyataan, KWSP berkata ahli-ahli akan dimaklumkan menerusi kemudahan i-Lestari Online sejurus selepas bayaran dikreditkan ke dalam akaun bank mereka.

Menurutnya, tarikh sebenar wang tersedia dalam akaun bank ahli bagi tujuan pengeluaran juga adalah tertakluk kepada proses pelepasan bayaran di pihak bank masing-masing yang mungkin memakan masa satu hingga tiga hari dari tarikh pindahan yang dilakukan oleh KWSP.

Ketua Pegawai KWSP Tunku Alizakri Alias berkata sejumlah 3.51 juta permohonan telah diluluskan yang berjumlah lebih RM1.66 bilion sejak i-Lestari dilancarkan pada awal April lepas.
 
Beliau berkata, KWSP telah mengadakan perbincangan mendalam dengan bank-bank terbabit bagi memastikan persediaan sistem dan infrastruktur untuk menerima dan memproses sejumlah besar deposit pada satu-satu masa.

“Lanjutan daripada perbincangan tersebut, kami telah bersetuju bahawa kaedah terbaik dan paling selamat adalah melalui pindahan dana harian secara berperingkat daripada KWSP ke institusi kewangan.

“Insya Allah jika semuanya berjalan lancar, dijangkakan keseluruhan proses ini akan diselesaikan dalam masa dua minggu atau lebih awal lagi,” katanya.

Alizakri berkata KWSP juga amat maklum dan memahami keperluan mendesak ahli-ahlinya untuk menggunakan wang tersebut bagi mengharungi tempoh mencabar ini walaupun Pengeluaran i-Lestari akan mengurangkan simpanan persaraan mereka.

“Kami berharap ahli-ahli telah berfikir secara mendalam sebelum memutuskan jumlah yang akan dikeluarkan daripada Akaun 2 masing-masing kerana mereka perlu mengimbangi keperluan tunai semasa dengan keperluan untuk memiliki kewangan yang utuh pada masa depan.”

“Setelah PKP ditamatkan, kami menggesa ahli untuk membuat janji temu dengan pegawai Khidmat Nasihat Persaraan yang akan membantu mengkaji dan merangka semula rancangan persaraan mereka,” katanya.

— BERNAMA
 

Kenyataan Media Bahagian Pengurusan bencana Negeri Sarawak berkaitan penguatkuasaan PKPB di Sarawak

Berita May 5, 2020

COVID-19: SARAWAK BERSETUJU MELAKSANAKAN PKPB DENGAN GARIS PANDUAN (SOP) TERSENDIRI

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri setuju untuk melaksanakan  Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebagaimana yang telah diumumkan oleh kerajaan persekutuan sebelum ini.

Namun, kerajaan negeri akan melaksanakannya berdasarkan kesesuaian dan garis panduan (SOP) yang tersendiri. 

Negeri diberi kuasa di bawah Seksyen 15 Protection of Public Health Ordinance 1998, yang digubal berdasarkan kuasa perundangan negeri di bawah Perkara 7 Senarai Bersama dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan

Strategi perlaksanaan PKPB di Sarawak mempunyai 3 peringkat atau tahap iaitu:

  1. Penyelarasan
  2. Persediaan
  3. Operasi

Kesemua ini dilakukan bagi memastikan bahawa aktiviti yang tiada lagi dihalang seperti di dalam PKPB tidak akan memudaratkan serta mengganggugugat perlindungan kesihatan terhadap rakyat di Sarawak.  

Butiran lengkap dan terperinci mengenai perkara ini akan diumumkan dalam sedikit masa lagi.

Sumber maklumat : Sarawak Disaster Information

error

Suka blog ini? Sila sebarkan :)

RSS
LinkedIn
Share